
PEGAWAI CAP, N.V. Subbarow menunjukkan sebahagian daripada makanan yang dibuang oleh beberapa restoran di George Town semalam.
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sebanyak
129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari oleh penduduk di negeri ini
pada tahun lalu.
Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini
berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang
dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap
hari adalah sisa makanan.
Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau.
“Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan
bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang
setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis.
“Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang
telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir
sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena
Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertemakan ‘Fikir, Makan dan Jimat’ di
sini semalam.
No comments:
Post a Comment