Oleh Mohd Farhan Darwis
June 06, 2013KUALA LUMPUR, 6 Jun — DAP hari ini menggesa kerajaan menghentikan tayangan filem kontroversi Tanda Putera dan drama siri Interlok serta mempersoalkan sama ada penayangan dua karya seni tersebut sebagai “hukuman kepada komuniti India dan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)” dalam pilihan raya lepas.
June 06, 2013KUALA LUMPUR, 6 Jun — DAP hari ini menggesa kerajaan menghentikan tayangan filem kontroversi Tanda Putera dan drama siri Interlok serta mempersoalkan sama ada penayangan dua karya seni tersebut sebagai “hukuman kepada komuniti India dan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)” dalam pilihan raya lepas.
Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran (gambar)
menegaskan tayangan kedua-dua filem dan drama siri TV itu perlu dihalang
sekiranya BN ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan kaum di negara ini.
“Adakah tayangan Interlok untuk mengajar masyarakat Cina dan India
kerana tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum?” soal ahli Parlimen
Ipoh Barat itu dalam kenyataannya hari ini.
“Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan BN sekiranya mereka ingin
menghukum pengundi disebabkan mereka tidak menyokong BN, akan ada
Tsunami Malaysia yang lebih kuat menentang BN dalam pilihan raya akan
datang,” tegasnya.
Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) semalam mendakwa kerajaan
telah menyediakan RM1 juta dana untuk drama adaptasi novel kontroversi
Interlok sebanyak 13 episod yang akan disiarkan oleh RTM.
Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim mendakwa keputusan itu
dibuat selepas kerajaan memutuskan menarik balik novel itu daripada
menjadi teks sastera di sekolah pada Disember 2011.
“Kami fikir isu itu sudah tamat, tetapi RTM akan menayangkan drama
siri menggunakan jalan cerita daripada buku ini. Apa agenda di belakang
perkara ini?” katanya.
NIAT jelasnya mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada pengurus produksi drama itu serta dua pelakon terlibat.
Beliau kemudiannya menuntut pembatalan segera penggambaran drama itu
yang didakwa bermula pada 1 Julai atau mereka akan bertindak
menggagalkannya.
“Dengan komuniti India menentang penggunaan buku tersebut, kumpulan
Cina juga jelas menyatakan tentangan mereka terhadap isi kandungan buku
tersebut,” kata Kulasegaran.
“Saya menyeru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menerima
kehendak orang ramai - membatalkan tayangan Interlok dan penayangan
Tanda Putera yang menerima kritikan ekoran silap memaparkan keadaan
sebenar insiden 13 Mei,” tegasnya.
“Perpaduan nasional dan keharmonian kaum perlu diutamakan daripada kepentingan parti,” tegasnya lagi.
Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Raja Rozaimie Dalnish Shah mengesahkan filem Tanda Putera arahan Datin
Paduka Suhaimi Baba disahkan akan ditayang pada 29 Ogos depan.
Filem yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd itu telah mendapat
kritikan meluas apabila didakwa memaparkan fakta salah terhadap insiden
13 Mei.TMI
No comments:
Post a Comment