Bekas hakim mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal dengan penghakiman
yang bernas dan berasas, Dato' Gopal Sri Ram diberitakan akan bertindak
bagi pihak Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen Pilhanraya yang difailkan
semalam.
Nama besar dalam perundangan ini sudah pasti akan memberi gegaran dan
kesan mendalam dalam perbicaraan nanti.Sri Ram, 69. bersara daripada
mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.
Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama
dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.
Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.
Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang
penasihat undang-undang parti itu mengesahkan bahawa Sri Ram adalah
salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes
di Perak.
"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak -
semuanya melibatkan kerusi DUN negeri."Tiga daripadanya dikendalikan
oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela
yang termasuk Gopal (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen
Sepang.
PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.
Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi
Parlimen Tapah.Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai
penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.
BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi.
Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa
kepada perubahan kerajaan negeri.

No comments:
Post a Comment