Datuk Ambiga Sreenevasan di Ibu Pejabat Imigresen hari ini. — Gambar oleh Siow Feng SawPUTRAJAYA,
4 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR)
untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur
pada 15 Jun walaupun kerajaan telah mengenakan tindakan keras terhadap
pemimpin pembangkang dan aktivis.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 berkata, salah satu matlamat perhimpunan
adalah untuk mendesak peletakan jawatan pegawai-pegawai tinggi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana laporan meluas penipuan pilihan
raya semasa pilihan raya umum 5 Mei.
“Semua orang mempunyai hak perlembagaan untuk menyertai perhimpunan,”
kata Ambiga kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini
hari ini.
“Kita fikir SPR perlu meletakkan jawatan,” tambah bekas presiden Majlis Peguam itu.
Ambiga tiba di sini untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad untuk mendapatkan penjelasan
mengenai kenyataan beliau baru-baru ini mengatakan pasport lebih 6,000
rakyat Malaysia akan dibatalkan kerana mencemarkan imej negara di luar
negara.
Namun pegawai-pegawainya memberitahunya beliau kini tiada dan sebaliknya satu mesyuarat akan diatur minggu depan.
No comments:
Post a Comment