Selepas KUIN, kini Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pula menjadi mangsa.
Pengajian
telah berjalan memasuki tahun ketiga. Tapak tetap maahad yang sudah pun
dilakukan pecah tanah dan bajet untuknya telahpun diluluskan tahun
lalu, kini ditangguhkan Kerajaan BN Kedah.
Sedangkan, projek berkaitan hiburan sangat cepat diluluskan, malah MB Mukhriz sanggup segera turun untuk mempersetujuinya...
Kenyatan Media DPPN :
UMNO akan pastikan Pulau Tuba terus gelap dari cahaya Al-Quran
1. Keputusan Kerajaan BN Negeri Kedah untuk menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi merupakan tindakan yang mundur ke belakang.
2. Malah, keputusan itu bagai membayangkan ketidaktentuan jaminan masa depan institusi pendidikan Islam di Kedah sebagaimana ura-ura sama terhadap KUIN sebelum ini. Adakah nasib sama juga bakal 'menghinggapi' Maahad Mahmud dan KAFA?
3. Cukuplah rekod Kerajaan BN yang hampir membunuh Sekolah Agama Rakyat (SAR). Jangan pula menganaktiri dan berlepas tangan terhadap institusi pendidikan yang berada di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri itu.
4. Sebagai sebuah kerajaan, alasan kos dan perbekalan elektrik yang dijadikan sandaran terhadap penangguhan itu menunjukkan dangkal dan lemahnya BN dalam mengurus kepentingan rakyat.
5. Kerajaan lalu di bawah teraju Pakatan Rakyat telahpun meluluskan kos pembinaannya, manakala perbekalan elektrik dapat disalurkan sekaligus menjadi usaha pembangunan untuk pulau tersebut.
6. Apakah Kerajaan BN Kedah mahu lihat generasi yang mendiami Pulau Tuba terus hidup tanpa bekalan elektrik dan selamanya bergantung kepada kuasa generator? Sedangkan pulau itu terletak hanya beberapa kilometer dari Langkawi.
7. Sepatutnya sebuah kerajaan memacu masa depan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Usaha memajukan Langkawi sepatutnya diluaskan di pulau-pulau berdekatan yang didiami penduduk.
8. Lebih malang, BN Kedah menolak kesempatan untuk meluaskan lagi kemakmuran dan kesejahteraan pada pelancongan ilmu yang boleh diteroka dari pembinaan Maahad Tahfiz Sains di situ.
9. Paling utama adalah kedamaian sebuah pulau yang disinari cahaya al-Quran. Tetapi dengan keputusan itu bermakna BN telah gagal untuk menyebar cahaya al-Quran ke pulau itu.
10. Pembebas Andalusia (Sepanyol), Tariq bin Ziyad biarpun telah menggapai kejayaan di bumi Eropah itu ketika mengadap lautan yang luas pernah mengungkapkan cita-cita untuk terus berjuang sebagaimana katanya, "Seandainya aku tahu dihujung lautan yang luas ini adanya pulau, nescaya aku berjuang untuk sampai menyebarkan Islam di situ."
11. Tetapi Umno yang memimpin BN Kedah begitu lemah untuk berjuang bagi melihat cahaya al-Quran tersebar di situ.
12. Ketika Umno berkata institusi pendidikan ini gagal dahulu, Pakatan Rakyat telah membuktikan usaha mengembangkannya di sebalik tuduhan itu. Oleh itu, jika Umno-BN gagal menyaingi usaha ditinggalkan Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak itu, jangan pula gagal hingga mengabaikan semua usaha mempertahankan institusi ini.
USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
BERITA BERKAITAN ; Sunday, November 4, 2012
Kabel Bawah Laut ke Pulau Tuba
Khabar
gembira buat 5000 penduduk Pulau Tuba. Penantian bakal berakhir.
Diharap projek ni cepat-cepat jalan jgn rancang tak sudah-sudah mcm jeti
di Kuala Chenang.
BERITA BERKAITAN : http://
sumber dari blog kedahkini
Padan muka orang Kedah yang nak sangat kerajaan Umno/BN!!Adakah Tak lama lagi Kedah akan ada Kasino dan kilang arak Maguel tersohor di Malaysia?? Orang2 tua dulu dah kata Sesal Dulu pendapatan sesal kemudian padan mukamu!
ReplyDeleteTerima kasih kepada bekas MB dari PAS yang mesra UMNO dan YB Exco PAS yang berebut jawatan dan tak buat kerja untuk rakyat! Dan sekarang lihatlah kesanya....takkan tak tahu yang UMNO dari dulu lagi tak mesra ugama?
ReplyDelete