KUANTAN - Seorang jurutera buntu apabila isteri yang dikahwininya 11
tahun lalu tiba-tiba hilang disyaki dibawa lari oleh empat buruh
Indonesia termasuk seorang wanita sejak Jumaat lalu.
Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia percaya isterinya, Nur
Idayu Abd. Aziz, 34, dilarikan warga asing yang diupah melakukan kerja
pengubahsuaian rumah ibu mertuanya di Felda Bukit Sagu di sini.
"Sejak Jumaat lalu, Idayu tidak pulang malah keempat-empat pekerja
Indonesia itu termasuk seorang wanita juga tidak lagi datang bekerja,"
kata bapa kepada tiga anak itu semasa ditemui pemberita di sini semalam.
Idayu menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kain tudung dan
jubah wanita selain menjadi suri rumah menjaga tiga anak mereka berumur
enam, tujuh dan 10 tahun.
Mohd. Riduan memberitahu, kehilangan isterinya dimaklumkan oleh ibu
mertuanya, Rosnah Latif, 50, dan ketika itu dia berada di Qatar kerana
bekerja di sebuah syarikat petroleum di negara itu.
No comments:
Post a Comment