Harakahdaily, | 23 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.
Palanivel lebih mementingkan keselamatan panda berbanding rakyat negara
ini yang sedang berdepan ancaman kesihatan ekoran jerebu.
Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertanggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.
"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.
"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.
Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.
Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.
Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.
"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.
"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.
Tindakan kecemasan
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.
"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.
"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.
Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.

No comments:
Post a Comment