Harakahdaily
Anis Nazri, | 20 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar beranggapan pencalonan
beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Pakatan
Rakyat sebagai satu amanah yang begitu besar untuk dilaksanakan.
Beliau, yang jelas terkejut dengan pencalonan itu, bagaimanapun berikrar akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan institusi parlimen itu sendiri sekiranya terpilih kelak.
"Jika saya terpilih, saya akan membawanya dengan amanah demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan parlimen itu sendiri dalam memainkan peranannya bagi memenuhi hasrat rakyat sebagaimana yang dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini.
Pencalonan Kamarudin, yang menjadi Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal berturut-turut itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.
Anwar percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.
"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.
"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.
Sidang parlimen akan bermula dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

No comments:
Post a Comment