Khamis, 20 Jun 2013
Pelarian Anak Syria (Foto: AFP)
DAMASKUS – Seorang ibu menceritakan pengalaman
pahitnya dalam konflik Syria. Dia terpaksa meninggalkan puteranya yang cedera parah di pinggir jalan.
“Dia terkena pecahan bom di dada dan perutnya. Lukanya makin lama semakin membusuk, ada serangga yang masuk ke tubuhnya,” ujar ibu bernama Amni itu, seperti dikutip Guardian, Khamis (20/5/2013).
Amni mengaku puteranya tidak boleh bergerak sama sekali. Dia kesulitan membawa puteranya kerana terpaksa menjaga puterinya yang juga mengalami cedera ditembak.
“Dia terus berteriak pada saya memohon untuk tidak ditinggalkan. Tapi saya tidak punya cara untuk menolongnya,” tutur Amni.
Jumlah mangsa akibat konflik Syria memang terus bertambah. PBB mencatat jumlah korban maut sudah mendekati angka 100 ribu jiwa.
Selain korban maut, jutaan warga Syria juga terpaksa menjadi pelarian ke negara jiran. Banyak pelarian yang terbunuh di jalan kerana kurangnya perbekalan makanan.
“Banyak orang meninggal dalam perjalanan. Kami tidak boleh mengubur mereka kerana tanah sangat keras. Kami akhirnya menutupi jasad mereka dengan batu,” terang sukarelawan dari Lebanon bernama Mohammed.Okezone

No comments:
Post a Comment