Friday, June 21, 2013

Lelaki Hong Kong Bunuh Wanita Inggeris dan Simpan Mayatnya di Bawah Sofa

21 Jun 2013
 
Hong Kong - Seorang lelaki di Hong Kong dihukum penjara seumur hidup atas kes pembunuhan brutal. Lelaki ini membunuh wanita   Inggeris dan menyembunyikan mayatnya di bawah sofa.

Lelaki itu, Ahmed Fareed  didapati bersalah oleh Mahkamah tinggi di Hong Kong pada Khamis (20/6). Wanita yang dibunuh Fareed merupakan bibi dari mantan isterinya, yang berasal dari Essex, England dan sedang bercuti di Hong Kong.

"Tertuduh dinyatakan bersalah atas dakwaan pembunuhan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup," ujar juru  cakap mahkamah  setempat, seperti dilansir AFP, Jumaat (21/6/2013).

Fareed ditangkap kPolis Hong Kong pada Mac 2011 lalu, atau beberapa hari setelah mangsa yang bernama Janet Gilson dilaporkan hilang. Terakhir kali, mangsa yang berusia 64 tahun ini, terlihat menginap bersama anak saudara  nya yang juga mantan isteri Fareed di Lamma Island, yang boleh ditempuh dengan kapal feri dari Hong Kong.

Ketika usaha pencarian dilakukan, polis  menemukan mayat Gilson ada di bawah sofa di rumah anak saudaranya. Mahkamah mengungkapkan, Gilson dicekik dengan tali hingga mati sambil mulutnya disumbat dengan kain.

Dalam keputusannya, hakim Michael Stuart-Moore menyebut aksi keji Farred ini sebagai 'kejahatan kelas pertama'. Sebabnya, korban mati dalam keadaan mengenaskan dengan empat tulang rusuknya patah.

"Tidak ada kata-kata yang boleh menggambarkan aksi keji ini. Ini merupakan kes pembunuhan paling brutal terhadap seorang wanita... yang sama sekali tidak melakukan kesalahan terhadap terdakwa," ucap hakim Stuart-Moore.

Tidak diketahui motif pelaku dalam kes ini. Namun ketika kejadian, Fareed melanggar keputusan mahkamah yang melarangnya untuk masuk ke rumah mantan isterinya.  detikNews

No comments:

Post a Comment