18/06/2013 12:44pm
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diarahkan untuk
menyiasat cubaan mengehadkan pengeluaran dan memanipulasi pasaran tiket
bas menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Hasan Malek berkata, tindakan itu ekoran ugutan Persatuan Pengusaha Bas
Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menggantung penjualan tiket sekiranya
permintaan untuk menaikkan tambang tidak dipenuhi.
"Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, pakatan dan ugutan oleh
ahli-ahli PMBOA ini boleh dilihat sebagai satu cubaan untuk menghadkan
pengeluaran tiket dan seterusnya memanipulasi pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akbar selepas melakukan lawatan
ke ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di sini hari ini.
Tegas beliau, kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta
Persaingan 2010 yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak 10 peratus
daripada perolehan syarikat. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment