Orang ramai menghadiri sebuah perhimpunan “Black 505” di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013. — Gambar failPETALING
JAYA, 5 Jun ― Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan “Black
505” untuk membantah pertuduhan penipuan Pilihan Raya 2013 di Padang
Merbok selepas mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak menggunakan
Dataran Merdeka sebagai lokasi, dedah pemimpin mereka hari ini.
Pengarah strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli
mengatakan notis untuk mengadakan perhimpunan Sabtu depan pada pukul
2.00 petang telah dihantar kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) hari ini dan menjangkakan tiada tangkapan akan dibuat kerana
ianya mengikut peruntukkan Akta Perhimpunan Aman (APA).
“Keputusan untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505’ di Padang Merbok
mengambil kira nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak
menggunakan Dataran Merdeka walaupun kami fikir ianya paling sesuai
untuk rakyat berhimpun dan menyuarakan aspirasi mereka dalam tuntutan
‘Black 505,’” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini.
“Black 505” diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan
penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang
menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa
walaupun kehilangan undi popular.
No comments:
Post a Comment