Monday, June 17, 2013

Pakatan Selangor akan bantu keluarga Dharmendran


Malaysiakini Jun 16 2013  
Keluarga mangsa yang mati dalam tahanan, N Dhamendran memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selepas kematian pencari nafkah tunggal keluarga tersebut, kata Menteri  Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

dhamendran khalid ibrahim 160613Khalid, yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak, melawat keluarga Dhamendran di flat mereka di Bandar Tun Razak hari ini, tetapi tidak menyatakan secara khusus bentuk bantuan yang beliau atau partinya akan sumbangkan kepada keluarga terbabit.

Katanya, beliau tidak mahu bercakap tentang bantuan tertentu, tetapi menjelaskan bahawa pendidikan kanak-kanak terbabit mesti diberi perhatian.

Di samping itu, katanya, keluarga tersebut juga hanya menyewa di situ,  dan oleh itu mereka memerlukan pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

dhamendran khalid ibrahim 160613Khalid berkata, beliau mengunjungi keluarga keluarga
Dhamendran kerana mereka tinggal di kawasan pilihan rayanya, dan juga untuk mengetahui perkembangan terkini kes itu.

Isteri Dhamendran - M Mary (kanan) berkata beliau mungkin perlu bekerja untuk menampung keluarganya, tetapi berkata anaknya yang berusia dua tahun tidak akan tinggal dengan mana-mana saudara-maranya.

"Kami perlukan pendapatan. Saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Suami saya menjaga segala-galanya, termasuk sewa flat," katanya.

dhamendran khalid ibrahim 160613Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 21 Mei
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 10 hari selepas ditangkap berhubung satu kejadian menembak di Bandar Tun Razak.

Tiga anggota polis telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh Dhamendran manakala seorang lagi pegawai polis yang didakwa terlibat dengan kematian Dhamendran sedang bersembunyi.

No comments:

Post a Comment