Monday, June 24, 2013

Parlimen gamat dengan slogan ‘Ini Kalilah’ oleh Speaker

Oleh Md Izwan June 24, 2013
Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) untuk penggal kedua hari ini mengamatkan dewan dengan slogan "Ini Kalilah" semasa memberikan ucapan pembukaan, kedua-dua ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bersorak dan menepuk meja.

Pandikar dilantik sebagai Speaker baru selepas menang pengundian apabila memperoleh 133 undi berbanding calon daripada PR bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

"Beberapa tahun ini kita mendengar slogan-slogan seperti 'Ubah', 'Reformasi', 'Transformasi', 'Ini Kalilah', 'Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi'.
"Kamu mungkin mempunyai sebab tersendiri menyebut slogan tersebut, tapi bagi saya ia mengandungi amanat perubahan untuk kebaikan orang ramai," kata Pandikar yang menyifatkan negara ketika ini sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang seperti disaksikan dalam Dewan.
Beliau kemudiaan menggesa semua ahli-ahli Parlimen yang baru untuk membawa "perubahan" di dalam Dewan Rakyat dengan membawa imej lebih matang dan keterbukaan.
"Marilah kita bersama membawa transformasi dan reformasi di dalam Dewan Rakyat ini.
"Jika tidak sekarang, bila lagi? Ini kalilah," katanya lagi.

Selepas selesai berucap, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga ahli Parlimen Pekan mengetuai majlis angkat sumpah Dewan Rakyat ke-13. - 24 Jun, 2013.TMI

No comments:

Post a Comment