myMetro
Bangkok: Pegawai kanan di Kementerian Pengangkutan diarah
meninggalkan kereta masing-masing di rumah sekurang-kurangnya sekali
seminggu dan menaiki bas ke tempat kerja.
Arahan itu yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Chadchat
Suttipunt akan berkuatkuasa selama dua bulan bermula 1 Julai ini.
Menurut Chadchat, ia adalah cara terbaik bagi pegawai kementerian mengetahui secara langsung masalah pengguna yang menggunakan bas yang disediakan oleh Lembaga Transit Massa Bangkok (BMTA).
Kementerian itu sebelum ini menerima banyak aduan daripada pengguna
yang terpaksa menanti begitu lama di perhentian bas, khususnya pada
waktu puncak.
“Arahan ini bukan lawak. Saya mahu semua pegawai di peringkat pengurusan mendapatkan pengalaman ini dan mengetahui masalah yang ada dan kembali untuk berbincang bagi mencari jalan untuk menyelesaikannya secara menyeluruh,” kata Chadchat dalam satu kenyataan media. - AFP
No comments:
Post a Comment