Penampilan memang dapat menipu. Pepatah ini mungkin berlaku bagi seorang
pengemis di Ibu Kota London, bernama Simon Wright berusia 37 tahun.
Web asiaone.com melaporkan, Ahad (9/6), orang-orang yang memberinya wang tidak menyedari bahawa Simon boleh meraup wang sekitar £50,000
saban tahunnya dari mengemis. Selain itu, dia juga memiliki tempat
tinggal yakni sebuah flat berharga £300,000 di Fulham di sebelah barat London.
Simon kerap terlihat secara teratur mendatangi tempat perjudian dan
hiburan untuk menukarkan qang koin yang dia dapat. Terkadang, di banyak
kesempatan, tempat-tempat ini menambahkan wang pendapatan harian
Namun, aksi Simon akhirnya ketahuan. Dia mendapat dua tahun tuntutan awam, yang melarang dia mengemis di seluruh London.
Oliver Strebel, polis yang membawa kes ini ke mahkamah, mengatakan
bahawa Simon memiliki satu cara untuk mendapatkan banyak wang semasa
mengemis.
"Dia menggunakan sebuah tanda yang mengatakan dia tidak mempunyai tempat tinggal
dan orang-orang kemudian memberikan wang mereka atas dasar itu, dan ini
jelas-jelas satu penipuan," kata Strebel.
Dia menambahkan bahawa Simon akan mengambil wang dari mangkoknya dan
menukarkan wang-wang itu di sebuah tempat perjudian atau tempat hiburan.
"Dia beroperasi hampir setiap hari dan sudah melakukan hal ini sekitar
tiga tahun. Dia boleh mengemis selama berjam-jam," ujar Strebel.
Dia menjelaskan Simon biasanya akan duduk dengan pakaian compang-camping
di luar Bank National Westminster di Jalan Putney High Street bersama
anjingnya. Dia akan meminta kepada orang-orang di sana agar membuat
penarikan tunai supaya boleh memberikannya wang.
Setelah seharian mengemis, Simon biasanya langsung membereskan kantong
tidurnya dan kembali ke apartemen kelas atas milik dia di Wilayah
Fulham, London.
Tuntutan sipil terhadap dirinya berlaku sampai Mei 2015. Namun, jika
Simon melanggar syaratnya itu, maka dia boleh dipenjara selama lima
tahun serta denda.
No comments:
Post a Comment