Tuesday, June 18, 2013

Pengganas di Sebuah Masjid di Birmingham

  • Isnin, 17 Jun 2013

Orang ramai yang tinggal di sekitar tempat kejadian di Birmingham berdiri di jalan untuk menonton apa yang terjadi saat polis   datang  ke daerah itu | Daily Mail

BIRMINGHAM, KOMPAS.COM — Seorang lelaki Muslim Somalia menikam seorang polis  dan tiga jemaah masjid di Birmingham, Inggeris, Sabtu (15/6/2013), setelah berteriak, "Allah akan menghukum kalian semua". Lelaki 32 tahun dikatakan telah mencuba untuk membunuh para jemaah dalam sebuah perseteruan mengenai apakah mereka berdoa dengan benar.

Dipercayai lelaki itu, yang bukan jemaah yang biasa datang ke masjid di Birmingham tersebut, menjadi marah kerana solat tidak dilakukan dalam cara yang menurut dia benar.

Salah seorang saksi, yang meminta tidak disebutkan namanya mengatakan, "Saya mendengar teriakan di belakang saya ketika saya sedang berdoa. Saya berbalik dan melihat dua laki-laki bergelut. Tiba-tiba seorang lelaki mengeluarkan pisau dan menusuk kaki lelaki lainnya, di dekat pangkal paha. Seseorang berusaha melerai namun lelaki itu menyerangnya dan menusukkan pisau ke perutnya. Itu benar-benar menakutkan."

Beberapa minit kemudian dua anggota polis , seorang lelaki dan seorang perempuan, tiba di masjid Madrasah Qasim-ul-Uloom di Ward End dan lelaki itu berlari ke arah mereka dengan sebuah pisau tempur yang besar. Walau anggota polis lelaki itu menembaknya dengan sebuah pistol kejut (taser), lelaki itu dikatakan telah menikam dada dan perut polis  tersebut.

"Polis  itu berusaha menembak dengan pistol kejut tapi dia tidak jatuh," lanjut saksi tersebut. "Sebaliknya dia menerjang petugas itu setelah menarik pisaunya lagi dan menikamnya. Darah ada di mana-mana."

Walau cedera serius, polis  berusia 31 tahun yang "heroik" itu akhirnya dapat  mengalahkan orang itu. Polis  itu bersama keluarganya berada di rumah sakit pada hari minggu guna mempersiapkan proses operasi. Dua orang lainnya dirawat kerana sejumlah luka tusukan setelah serangan yang terjadi beberapa saat setelah pukul 11.00 malam hari Sabtu.

Seorang ahli bedah yang sedang tidak bertugas yang kebetulan berada di lokasi berjuang untuk membuat mereka tetap hidup sebelum paramedik tiba. Seorang lelaki lain, Dr Arshad Mahmood, yang tangannya tertikam ketika mencuba melucuti si penyerang, mengatakan, "Semua orang takut. Hal itu begitu tiba-tiba. Seorang lelaki mulai menusuk salah satu dari orang-orang yang duduk tepat di sampingnya. Kami berupaya untuk menyelamatkan lelaki itu. Dia menderita beberapa luka-luka, tiga atau empat luka. Beberapa dari kami mencuba untuk menghentikan si penyerang. Salah satu dari orang-orang itu cukup kuat untuk menghentikannya. Saya memegang tangannya. Satu orang lain mengalami cedera di pahanya."

Saksi lain mengatakan, "Dia berteriak, 'Allah akan menghukum kalian semua'. Dia menikam dua orang lalu satu orang menghalanginya dan seseorang menelepon polis ."

Si tersangka minggu kelmarin ditahan di fasiliti kesihatan mental atas tuduhan percubaan membunuh.

Serangan itu terjadi kurang dari sebulan setelah tentera Lee Rigby dibunuh di Woolwich, London selatan, yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berpisau yang membual bahawa mereka balas dendam atas kematian orang-orang Muslim oleh tentera British.
Sumber : Daily Mail
Editor : Egidius Patnistik

No comments:

Post a Comment