
KUALA
LUMPUR, 12 Jun – Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak
akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan
meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah
dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat
beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari
Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt
Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah,
Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah
diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan
kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.
Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai
peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu
mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka
hilang semasa Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar)
kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah
kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan
pilihan raya mereka.
BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno,
tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan
Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.
Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi
kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi “bilik
perang” Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin
ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya
kerana nasihat buruk.
Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh
calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang
padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).
Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz
Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan
oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan
Rakyat (DUN) Kubang Rotan.
Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian
Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511
undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.
Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.
Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius
menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca
akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.
Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.
Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk
Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong,
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris
Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.
Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi
Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013
walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.
Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai
putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir
Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua
bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar
umbi.
Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk
menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor,
Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.
Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati
bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari
lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa
selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan
mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat
pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib
dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang
boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu
sekaligus kehilangan jawatan.The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment