Wednesday, June 19, 2013

Polis siasat Shah Rukh Khan berkaitan jantina anak

myMetro

Mumbai: Pihak berkuasa India semalam berkata, mereka menyiasat dakwaan bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan isterinya tahu mereka akan menimang bayi lelaki.
Ujian untuk mengetahui jantina anak yang dikandung diharam di India.
Media tempatan sejak beberapa hari lalu melaporkan, Shah Rukh, 47, dan isterinya, Gauri bakal mendapat anak ketiga melalui khidmat ibu tumpang.
Ketika ini pasangan itu mempunyai sepasang anak remaja.

Pasangan itu belum memberi pengesahan terhadap berita berkenaan.

Hasil laporan media itu, Persatuan Radiologi Dan Pengimejan India (IRIA) membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan di negeri Maharashtra dan menuntut siasatan dijalankan.

“Kami mahu tahu sejauh mana pasangan suami isteri itu tahu jantina anak mereka dan siapa yang memaklumkannya,” katanya.

Peraturan itu dibuat kerana kecenderungan masyarakat untuk mendapat anak lelaki menyebabkan berlaku pengguguran apabila diketahui janin dikandung adalah perempuan.

Amalan itu juga mendorong berlaku masalah kelahiran bayi lelaki dan perempuan tidak seimbang.

Secara tradisional, wanita berkahwin menghadapi tekanan untuk melahirkan anak lelaki kerana dianggap dapat mencari rezeki untuk keluarga, terutama apabila ibu bapa sudah tua.

India menguatkuasakan undang-undang melarang ujian jantina janin itu sejak 1996. - AFP

1 comment:

  1. salam ...mohon bertukar link bloglist dgn tuan jika sudi...
    www.dairishare.com/feed/

    ReplyDelete