Saturday, June 22, 2013

Polis wajar membantu, bukan halang - DAP

Harakahdaily, 22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: DAP menyatakan pendirian menyokong penuh Himpunan Blackout 505 yang kan berlangsung di Padang Merbok petang ini.

Dalam satu kenyataan media yang dihantar DAP Malaysia petang semalam, mereka menyifatkan himpunan itu sebagai tanggungjawab rakyat membantah proses PRU 13 yang kotor dan tidak adil.

"DAP melihat hak berhimpun juga merupakan hak asasi dan pihak polis sepatutnya membantu dan bukannya menghalang ekspresi kebebasan rakyat ini.

"Semua anggota serta ahli DAP digalakkan memakai baju hitam dan turut serta membanjiri himpunan yang penuh bermakna ini," kenyataan itu dipetik.

Dalam kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa tempat berkumpul untuk ahli-ahli DAP adalah di Jalan Sultan berhadapan Hotel Lok Ann bermula dari pukul 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment