Oleh Mohd Farhan Darwis
June 26, 2013
Fokus
terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap
pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara
berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar).
Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada
negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan
meminirka negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan
mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.
"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk
memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf
antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan
elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim
dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan
berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada
komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.
Bank Dunia sebelum ni menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada
kadar 5.1 peratus pada 2013 dan 2014, dan kebergantungan berlebihan
kepada komoditi seperti minyak mentah, gas asli, getah dan kelapa sawit
yang kini mengalami kejatuhan harga, berbanding pembuatan telah
memberikan tekanan terhadap kadar pembangunan bagi negara pengeksport
komoditi seperti Malaysia.
"Maka wujud keperluan untuk mempercepatkan reformasi struktural bagi
memastikan kerencaman dan kedinamikan ekonomi negara," kata Ketua
Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Lim turut mengambil contoh berat sebelah yang diamalkan BN di negeri
yang diperintah mereka, seperti di Johor apabila hanya mereka yang
bekerja di Wilayah Ekonomi Iskandar diberikan kadar cukai peribadi
sebanyak 15 peratus, namun tidak di negeri-negeri lain.
"Dasar seperti membenarkan hanya mereka yang bekerja di Wilayah
Iskandar menikmati kadar cukai peribadi pada kadar rata 15 peratus
adalah suatu tindakan diskriminasi dan sepatutnya di perluaskan ke
seluruh negara.
Beliau turut mengambil contoh tindakan kerajan Melaka yang menutup
pusat kegiatan perniagaan malam Jonker Walk sebagai balasan kerana
kekalahan banyak kerusi dalam pilihan raya yang menurutnya tidak
mencerminkan pembuatan dasar yang bertanggungjawab dan pembinaan
negara-bangsa.
Lim turut menegaskan di samping peningkatan hutang negara yang
menakutkan daripada RM266 billion pada hujung 2007 kepada RM502 billion
pada akhir 2012, kegagalan menyatukan rakyat dan serta mendiskriminasi
warga Malaysia hanya akan memburukkan ekonomi negara yang sedia sarat
dengan korupsi termasuk kadar aliran keluar wang negara per kapita
tertinggi di dunia.
"Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Bank Dunia, bagi mencapai
matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia harus terus
menggilap bakat dan membina institusi yang menyokong kerencaman ke arah
pelaburan dengan pulangan tinggi melalui peningkatan modal insan," kata
Lim. - 26 Jun, 2013.
The Malaysia Insider
No comments:
Post a Comment