UMNO logoSaksi
di kalangan pendatang Filipina, Shukor Abdullah, 53, berkata kepada
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di
Sabah hari ini memberitahu beliau merupakan Setiausaha Umno Cawangan
Kampung Tanjong Kapor, Kudat di Sabah.
Shukor, yang lahir di Filipina pada 1960 berkata, beliau datang ke
Sabah melalui jalan laut sebagai pelarian perang dari Filipina, dan
kemudiannya memperolehi kad pengenalan biru.
"Saya pernah memohon kad pengenalan hijau, tak dapat, kemudian saya
mohon kad pengenalan biru, dapat," kata Shukor kepada panel RCI di
Mahkamah Tinggi Sabah hari ini.
Saksi ke-132 dalam RCI itu turut berkata beliau datang ke Sabah pada
1976, dan kemudiannya dalam tahun 1982 mendirikan rumah tangga dengan
isterinya yang juga merupakan warga Filipina.
Beliau kemudiannya memohon kad pengenalan menggunakan surat akuan
daripada ketua kampung, dan terpaksa menggunakan tempat lahir di Kudat,
bagi membolehkan beliau memperolehi kad pengenalan.
"Saya mendapat kad pengenalan kurang setahun selepas membuat permohonan di Kudat," katanya.
Ditanya mengapa beliau melakukan tindakannya itu yang bertentangan
dengan sistem perundangan, Shukor berkata:"kerana saya mahu tinggal di
Sabah dan tidak mahu balik ke Filipina."
"Saya buat dengan ikhlas .... Kalau saya tak letak di Kudat, mungkin
tidak diluluskan," kata bapa kepada dua anak lelaki itu lagi.
Beliau turut berkata selama memperolehi kad pengenalan, beliau juga
tidak pernah ketinggalan mengundi dalam setiap pilihan raya umum.
Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing,
dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari
Filipina dan Indonesia.
RCI yang bermula Januari lalu juga telah mendedahkan testimoni rakyat
Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad
pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan
mengundi dalam pilihan raya.TMI
No comments:
Post a Comment