Sunday, June 23, 2013

Sepasang suami isteri meninggal kerana tersesat di padang pasir Saudi

Pasangan suami isteri meninggal akibat kehausan setelah tersesat di padang pasir Arab Saudi di tengah suhu yang mencapai lebih 50 darjah Celsius.
Pasukan keselamatan Saudi melakukan operasi besar untuk mencari pasangan dari Qatar ini setelah diberitahu oleh sanak saudara mereka bahawa mereka hilang di padang pasir.

Keterangan yang diungkap para pegawai Saudi mengangkat cerita tragis.
Sang isteri ditemukan   dekat kenderaan mereka yang terbalik.
Sementara suaminya ditemukan regu pencari yang menggunakan helikopter sekitar 10 kilometer dari kenderaan mereka.

Mereka diperkirakan berupaya mencari pertolongan atau mencari air di belantara padang pasir Saudi.
Suhu udara pada pertengahan tahun mencapai lebih dari 50 darjah Celsius.

Kawasan super kering

Daerah tempat pasangan suami isteri ini tersesat disebut Rub al-Khali atau Kawasan Kosong kerana keringnya keadaan di sana dengan hujan hanya beberapa kali setahun.

Padang pasir ini membujur sekitar 1,000 kilometer di semenanjung Arab.
Gunung-gunung pasir di kawasan ini seperti halnya bangunan-bangunan tinggi.
Kawasan ini juga mengandungi sejumlah ladang minyak terkaya di dunia.
Untuk mengarungi padang pasir ini diperlukan izin khusus.

Sejumlah laporan menyebutkan, pasangan Qatar ini memandu kereta dari lahan yang mereka miliki di padang pasir.
Mereka dipercayai menyedari bahawa bila kenderaan mereka rosak akan sangat sukar mencari pertolongan.
Sumber : Tribunnews

No comments:

Post a Comment