Saturday, June 29, 2013

SPR didesak dedah syarikat pembekal dakwat, kata NGO

Oleh Yiswaree Palansamy
June 28, 2013
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan masyarakat awam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan syarikat pembekal yang diberikan kontrak dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Walaupun dengan pendedahan tersebut, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan berkata dakwat tersebut akan masih digunakan dalam pilihan raya kecil.

Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap "tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu.

"Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider.
Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri.
Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut.

baca seterusnya

No comments:

Post a Comment