
KUALA
LUMPUR, 4 Jun — Umno yang lebih kaya menubuhkan pasukan khas "Briged
DDD" bermaksud Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP dan bermimpikan
"Read Bean Army" direka sebagai percubaan untuk menjatuhkan DAP semasa
pilihan raya, kata Lim Kit Siang hari ini.
Dalam usaha menepis khabar angin mengaitkan parti itu kepada kumpulan
3,000 orang pahlawan digital dinamakan mengikut pencuci mulut
masyarakat Cina, ahli parlimen pembangkang veteran itu berusaha
menterbalikkan meja ke musuh politiknya dengan menuduh penasihat rapat
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendanai skim rahsia dan
sulit untuk "memburukkan dan memusnahkan DAP", semenjak September lepas.
"Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber "Red
Bean Army" yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion
sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan "DDD" yang penuh
kerahsiaan itu," kata ahli Parlimen Gelang Patah (gambar) itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai Umno/BN
untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai
pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas
atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan
sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan
sebelum ini," tambah beliau lagi.
Tugas "Briged DDD", menurut Lim adalah untuk membangkitkan kesangsian
dalam, konflik dan perselisihan di dalam DAP, memburuk-burukkan dan
merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap
pemimpin-pemimpin DAP dan menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis
Cina yang anti-Melayu dan anti-India.
Beliau berkata pasukan itu telah memulakan serangan terhadap DAP
selepas pemilihan parti itu pada 16 Disember lalu dengan mencanangkan
masalah teknikal terhadap keputusan pengundian parti itu untuk
penyelewengan utama dan menolak bagi pembatalan pendaftaran sebagai
sebuah entiti politik.
Beliau membangkitkan berita berat sebelah yang meningkat dalam media dikuasai Umno-BN, terutamanya akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star,
dari bulan September sebagai sebahagian daripada objektif serampang
tiga mata Briged DDD untuk memastikan kekalahan parti pembangkang kepada
MCA di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek di Selangor,
sebagai pulangan kepada BN dan penghapusan DAP dalam pilihan raya umum.
"Analisa terhadap pembohongan dan penipuan yang digerakkan oleh
Pasukan DDD menunjukkan kebejatan yang "Bilik Perang" Umno/BN sanggup
sokong demi merobohkan dan memusnahkan DAP, benar-benar mereka telah
hilangan semua penghormatan ke atas kebenaran, keadilan dan etika," kata
Lim.
Penasihat DAP itu, bagaimanapun, mendakwa pengundi berjaya
menggagalkan usaha ini, dengan mengundi kembali penyandang Lai Nyuk Lan
di kerusi DUN Sungai Pelek dengan majoriti 1,972 pada pilihan raya umum
2013 dan meningkatkan kerusi parti itu di DUN Selangor dan 15 kerusi
Parlimen menjadikannya 38 daripada 222 anggota Dewan Rakyat.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebuah syarikat
elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia
sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai
hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.
Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pemilik syarikat itu merupakan
graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di
syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk
membuka cawangan di Malaysia.
"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas
mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN)
kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean
Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," lapor Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment