Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menggunakan semua ruang
undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di
mahkamah.
Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri
itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah
lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.
Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid
yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi
Country Heights di Kajang, Selangor.
Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.
Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.
"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.
"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."
Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000. - 27 Jun, 2013. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment