Foto: AFP
Kaherah - Selain menyerbu stesyen
televisyen Al-Jazeera, otoriti Mesir juga menutup setidaknya tiga stesyen
TV yang menyokong Mohamed Morsi, yang baru saja digulingkan pihak tentera. Langkah ini tampaknya dirancang
untuk mencegah pemberitaan mengenai event-event pro-Morsi.
Seperti dilansir laman web All Africa, Khamis (4/7/2013), siaran TV milik Ikhwanul Muslimin, Misr25, menghilang dari udara beberapa minit setelah pemimpin tentera Jenderal Abdul-Fattah al-Sisi mengumumkan berakhirnya kekuasaan Morsi. Media tersebut mempublikasikan berita-berita dan komentar yang secara langsung mencerminkan perspektif politik Ikhwanul Muslimin.
Menurut surat khabar pemerintah, Al-Ahram, dua saluran pro-Morsi lainnya juga menghilang dari udara pada masa yang sama. Kedua stesyen TV tersebut adalah Al-Hafiz dan Al-Nas. Anggota polis juga dilaporkan menyerbu ketiga stesyen TV yang dihentikan siarannya itu.
"Kami prihatin dengan laporan-laporan bahawa otoriti menghentikan siaran televisyen berdasarkan perspektif politik," cetus seorang pengamat, Sherif Mansour.
"Kami mendesak tentera untuk tidak mencabut hak rakyat Mesir bagi mendapat sumber-sumber informasi di waktu yang penting ini," tandasnya.
Sebelumnya pada Rabu, 3 Julai larut malam waktu setempat, tentera Mesir menyatakan berakhirnya kekuasaan Morsi. Jenderal Sisi pun mengumumkan ketua Mahkamah Konstitusi Adly Mansour sebagai presiden sementara.
Sisi juga menyerukan diadakan semula pemilihan presiden dan parlimen di Mesir. Pengumuman ini mendapat sambutan meriah rakyat Mesir di berbagai wilayah. Warga yang berkumpul di jalan-jalan bersorak-sorai dan menggelar pesta bungaapi untuk merayakan kejatuhan Morsi.detikNews

No comments:
Post a Comment