myMetro
Beijing: Seorang lelaki semalam membunuh empat anggota sekeluarga,
termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun sebelum dia membunuh diri dalam
pergaduhan antara dua bekas besan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu yang
dikenali sebagai Zhao, pergi ke rumah lelaki bernama Zan yang anak
perempuannya pernah berkahwin dengan anak lelaki Zhao.
Menurut laporan itu, Zhao kemudian membunuh Zan, isteri Zan, bekas menantu dan cucunya dengan tukul dan pisau yang dibawanya bersama.
Zhao kemudian kembali ke rumahnya dan memberitahu keluarganya bahawa dia sudah membalas dendam, sebelum bertindak membunuh diri.
Agensi berita itu melaporkan, keluarga berkenaan yang menetap di Botou, wilayah Hebei, bersengketa selepas anak mereka bercerai. - AP
No comments:
Post a Comment