Oleh Hasbullah Awang Chik
July 25, 2013

July 25, 2013

Cabaran supaya mengulangi secara khusus nama pimpinan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dalam isu dakwaan berkaitan dakwat kekal di luar
Dewan Rakyat, ketara bersifat partisan, kata Rafizi Ramli (gambar).
Beliau mendakwa Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan
Omar tidak profesional apabila menggunakan perkataan 'anak jantan' yang
kedengaran lebih agresif berbanding sebahagian ahli politik lain.
Pengarah Strategi PKR itu juga sudah mengulangi kenyataannya di luar
Dewan Rakyat dan ia mencukupi untuk mereka mengambil tindakan
undang-undang.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu, berkata kedua-dua pemimpin SPR
itu bersembunyi melalui isu cabar-mencabar lantaran gagal menjawab
persoalan yang berlegar di fikiran rakyat.
"Tidak timbul soal cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan cabar
mencabar - 'siapa lebih anak jantan' seperti yang dimainkan kedua-dua
pemimpin SPR itu.
“Isu sebenarnya ialah kegagalan SPR mengendalikan pilihan raya dengan
adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan
dakwaan terhadap mereka terutama kegagalan pelaksanaan dakwat kekal.
“Keterlibatan pimpinan SPR dalam proses itu juga saya persoalkan kerana
ia menghakis keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR,”
katanya.
Rafizi berkata, mereka gagal bertanggungjawab sepenuhnya dari kegagalan
dakwat kekal sehinggalah kepada pelantikan pembekal melalui rundingan
terus.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Aziz mencabar Rafizi
mengulangi tuduhan berkaitan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat
kerana mereka tidak dapat menjawabnya di Dewan Rakyat.
Beliau memberi masa seminggu untuk Rafizi mengulangi semula kenyataan berkenaan. - 25 Julai, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment