17 Jul 2013
(c) nydailynews.com
Bagaimana bila orang yang anda cintai disahkan
sakit kronik dan umurnya tak akan lama lagi? Pasti anda akan melakukan
apapun agar ia boleh sembuh kembali dan bersama anda lebih lama.
Sama
halnya seperti seorang lelaki berusia 78 tahun dari Carolina Selatan
yang bernama Larry Swilling ini. Ia memiliki seorang isteri berusia 47
tahun bernama Jimmie Sue yang disahkan terkena gagal ginjal tahun lalu.
Maka di suatu hari di serambi mereka, Larry menggenggam tangan isterinya
dan berkata, "Aku akan mendapatkan ginjal untukmu."
(c) nydailynews.com
Larry
tidak hanya menggantungkan nasib isterinya pada pertolongan medis. Lelaki
ini bahkan berjalan menyusuri jalanan sambil mengalungkan papan
bertuliskan, 'Dierlukan Ginjal'. Tekadnya begitu kuat untuk dapat
menyelamatkan isterinya dari penyakit mematikan itu. Apalagi, Sue hanya
memiliki satu ginjal di dalam tubuhnya.
Larry tahu bahawa
mendapatkan ginjal yang sesuai untuk isterinya tidaklah mudah. Sekalipun
ada, belum tentu orang tersebut mau memberinya ginjal yang sangat
berharga untuk nyawa isterinya itu. Sudah lebih dari setengah tahun Larry
mencari ginjal yang tepat untuk isteri yang dipanggilnya, 'my heart'
itu.
(c) nydailynews
Lelaki ini memang sangat mencintai isterinya. Dia bahkan berurai air mata ketika
menjelaskan bahawa bagaimanapun dia akan mengusahakan ginjal untuk
isterinya agar boleh sembuh. "Aku memohon-mohon demi sebuah ginjal. Aku
akan melakukan apa saja, tapi aku memerlukan ginjal" isaknya. Ia sering
mendapatkan telepon dari penjuru dunia seperti Mesir, Sweden dan negara
lainnya. Namun sayang, belum ada yang sesuai untuk Sue.
Oleh kerana
itu lelaki ini memutuskan untuk berjalan kaki di sepanjang kota dia
tinggal sambil mengalungkan papan tersebut di dada dan belakangya. Ia
tidak mau melewatkan setiap meter dan setiap orang yang dia temui kerana
dia tahu dengan tekad yang kuat, harapan kesembuhan untuk isterinya
pasti ada.
Dapatkah anda membayangkan seorang lelaki yang sudah tua berjalan terengah-engah
di bawah terik matahari sambil berpenampilan demikian kerana sebegitu
cinta dan inginnya dia mendapatkan ginjal bagi isterinya? Satu hal yang
sulit dilakukan, namun dia tetap melakukannya.
Larry tak peduli
orang berkata apa, hanya demi boleh selalu bersama dengan isterinya,
"Aku memang lelah, namun aku akan terus melakukan ini." Tak ada yang
sia-sia dari apa yang dilakukannya, semua kerana didasari oleh cinta
yang tulus dan sejati.
sumber:Vemale.com
No comments:
Post a Comment