Lim
Guan Eng (gambar) mahu Kabinet menolak kenyataan perkauman Menteri
Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul
Rahman Dahlan yang menyokong Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk
membakar Bible dan Kabinet akan dilihat sebagai gagal mewakili suara
rakyat Malaysia jika gagal melakukannya.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Abdul Rahman menyatakan kenyataan
Ibrahim sebagai membetulkan kesalahan cetakan Bible dan membakar kitab
itu adalah tindakan tepat kerana orang Islam membakar naskhah al-Quran
sekiranya tersilap cetak.
"Kenyataan ini mengejutkan kerana bagaimana penyokong perkauman seperti Ibrahim mahu membakar Bible bagi tujuan membetulkannya?
"Seperti orang bukan Islam lain tidak dibenarkan membakar kitab suci
agama lain, Ibrahim juga tidak patut dibenarkan membakar Bible sebagai
protes kepada penganut agama Kristian," jelas Lim dalam satu kenyataan
medianya hari ini.
Beliau mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman yang memetik Ibrahim
membakar Bible mengandungi kalimah Allah tidak adil untuk dibandingkan
dengan kes bloger seks Alvin dan Vivian menghina orang Islam.
"Kegagalan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali menunjukkan penghinaan kepada bukan Islam adalah dibenarkan.
"DAP menyatakan sokongan terhadap menghukum pasangan menghina agama
lain, tetapi mengapa anti bukan Islam seperti Ibrahim yang mengugut mahu
membakar Bible tidak dihukum sebagai menggugat keharmonian antara
agama?” katanya.
Lim berkata, rakyat Malaysia turut mempertikaikan pasangan blogger itu
dihukum bersabit kiriman di Facebook namun tiada tindakan dikenakan
terhadap calon Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Nordin
berhubung kenyataan anti-Hindu di YouTube.
"Jelas BN mengamalkan pilih kasih dan pertuduhan terpilih dengan
menghukum kenyataan ke atas orang Muslim dan tidak bukan Islam,"
katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan
kenyataan Abdul Rahman tidak berteraskan semangat 1Malaysia namun
melihatkan Malaysia sebagai 1bangsa dan 1agama.
“Perlakuan Ibrahim menunjukkan sikap hipokrit pemerintahan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengambil tindakan kepada Alvin
dan Vivian namun tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan Ibrahim,”
katanya.
Beliau berkata, ini jelas penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan hak saksama dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. –
19 Julai, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment