Tun
Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menuduh DAP cuba menjadikan
Malaysia sebagai Singapura iaitu kaum Cina membolot kuasa politik dan
ekonomi berbanding perkongsian kuasa ala Barisan Nasional (BN).
Pendapat itu diutarakan dalam akhbar milik Umno, New Straits Times
dengan berkata DAP melemahkan ahli kanan MCA sehingga “idea perkongsian
kuasa politik dan ekonomi bersama orang Melayu tidak mendapat sambutan.”
Beliau berkata, sejak kemerdekaan negara pada 1957, orang Cina
berkongsi kemewahan dan kuasa bersama orang Melayu namun idea menjadikan
Malaysia seperti Singapura kelihatan seakan-akan menarik seperti
berlaku di negeri Pulau Pinang.
“Dilema kaum Cina kini sama ada merebut kuasa politik sementara
mendominasi kuasa ekonomi atau mengamalkan prinsip perkongsian seperti
yang diamalkan hari ini.
“Itulah dilema orang Cina hari ini,” jelas Dr Mahathir dalam ruangan akhbar berkenaan.
Beliau mempertahankan BN dengan berkata kerajaan “kongsi” memberi
faedah besar kepada Malaysia dengan membawa keamanan dan kestabilan
kerana tanpa faktor berkenaan pengembangan ekonomi dan pembangunan tidak
akan tercapai.
“Tidak terfikir oleh mana-mana kaum sama ada Cina atau Melayu untuk
merampas bagi kepentingan diri sendiri bagi mendominasi ekonomi dan
politik Malaysia,” kata mantan Perdana Menteri yang paling lama
menerajui negara itu.
Beliau berkata seperti mana anak muda Cina yang tidak pernah dibesarkan
semasa penjajahan British, mereka tidak mensyukuri nikmat pembangunan
dan kemerdekaan malah mudah dipengaruhi hujah DAP yang mendakwa orang
Cina tidak mendapat apa-apa faedah sejak kemerdekaan.
“Kemerdekaan jelasnya memberi faedah besar kepada orang Cina.
“Orang Cina sangat berjaya di bawah kerajaan ‘kongsi’ BN di mana mereka
meluaskan perniagaan ke luar negara, membeli syarikat asing, memulakan
perniagaan dan mendapatkan kontrak serata dunia terutamanya selepas
Malaysia menjadi terkenal di mata dunia,” katanya.
Beliau turut menyatakan kaum Cina kurang menyertai sektor kerajaan
kerana orang Cina melihat kurang peluang terutama dalam hal gaji.
Kebanyakan pekerja kerajaan didominasi oleh kaum Bumiputera.
“Meskipun orang Cina sertai kerajaan, mereka akan berhenti awal bagi memulakan perniagaan,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, purata gaji orang Cina selepas merdeka jauh lebih
tinggi daripada purata gaji kebangsaan sementara kadar kemiskinan lebih
rendah berbanding purata nasional.
“Kita tidak mengamalkan meritokrasi kerana akan mengundang jurang besar
antara orang kaya dan miskin juga beza antara kaum,” katanya.
Dr Mahathir menambah, pemimpin MCA berada di sebelah kanan Perdana
Menteri yang sepatutnya orang Melayu ditempatkan di situ atas sebab
parti terbesar BN.
“Perlembagaan turut tidak menghalang orang Cina menjadi Perdana Menteri namun harus mendapat sokongan majoriti rakyat.
“Penolakan MCA oleh DAP hanya mengakibatkan pewakilan Cina dalam
kerajaan menjadi lemah. Tanpa DAP, MCA boleh menambah lebih kerusi dalam
Parlimen dan kerajaan,” kata Dr Mahathir. -27 Julai, 2013.
Satu lagi kenyataan dari bapa munafikun, mamak det yang menyeleweng. Asyik suruh rakyat Malaysia bersyukur dan tak pernah mengajak rakyat Malaysia terutama yang Islam, bersyukur kepada Allah swt yang melempahkan rezeki yang teramat murah kepada kita. Semua ni boleh menjuruskan kita kepada syirik kerana percaya rezeki tu datang dari BN dan bukan dari Allah swt.
ReplyDelete