HULU SELANGOR - Dua sahabat karib yang dibunuh dalam keadaan
mengerikan di kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Kampung Sri Keledang,
Gedangsa dekat sini kelmarin dipercayai berpunca daripada pergaduhan
antara suspek dengan salah seorang mangsa.
Mayat Muhamad Hafiz Omar, 28, dan Hamsi Hashim, 42, ditemui pada
pukul 4.30 petang oleh abang Muhamad Hafiz yang kebetulan pergi ke kebun
tersebut untuk melawat mangsa.
Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dan menternak
itik itu tinggal di sebuah pondok di kebun milik bapa Muhamad Hafiz
sejak setahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan
Zulkepli Bedin berkata, mayat Hamsi ditemui di tepi sungai manakala
Muhamad Hafiz pula terbaring berlumuran darah di dalam pondok kira-kira
20 meter dari sungai.
"Terdapat kesan koyak sepanjang 10 sentimeter di kepala Hamsi dipercayai dipukul dengan pencakar rumput.
"Kejadian itu tidak disedari Muhamad Hafiz yang sedang tidur di dalam pondok," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment