Sunday, July 21, 2013

Hadiah emas bagi yang berjaya kurus ("golden losers")

21 Jul 2013

obesitas
Obesiti dipercayai disebabkan makanan segera dan kurangnya bersenam.
Otoriti di Dubai menawarkan emas bagi orang yang berjaya menurunkan berat badan demi mendorong gaya hidup sihat.
Warga yang berminat dapat mendaftar dari Jumaat (19/07) untuk gerakan yang akan berlangsung selama 30 hari dan bertepatan dengan bulan Ramadhan.
Tiap turun satu kilogram, peserta akan menerima satu gram emas, yang ketika ini bernilai US$45.
Semua yang ikut serta -diistilahkan sebagai "golden losers"- harus turun dua kilogram untuk mendapatkan hadiah tersebut.
Tiga peserta yang berat badannya turun paling banyak akan mendapat kesempatan dalam undian dengan hadiah koin emas senilai US$5,400.

Gerakan yang dinamakan 'Berat Badanmu dalam Emas', dilancarkan oleh Hussain Nasser Lootah, Direktur Jendral Pemerintah Kota Dubai.

Peningkatan obesiti

"Ramadan adalah musim yang paling sesuai untuk melancarkan program ini kerana mengingatkan kita atas manfaat kesihatan yang didapat ketika kita menurunkan berat badan. Dan mendorong kita untuk mengubah kebiasaan hidup yang buruk," kata Lootah.
Sejumlah pihak memperingatkan adanya peningkatan tajam obesiti yang disebabkan banyaknya makanan segera dan kurangnya bersenam.

'Berat Badanmu dalam Emas' ditaja oleh Dubai Gold and Jewellery Group dan Dubai Multi Commodities Centre (DMCC) .
Ahmed bin Sulayem, Ketua Eksekutif DMCC mengatakan, "Kami sangat menganjurkan semua orang untuk menyertai dalam inisiatif ini dan berharap bahawa kontribusi koin emas DMCC senilai US$27,225 dapat memotivasi orang."

Pada pendaftaran, Jumaat (19/07), peserta diberikan saranan bagaimana cara menurunkan berat badan tanpa mengorbankan kesihatan mereka. Pengukuran berat badan terakhir akan diselenggarakan pada 16 Ogos.

No comments:

Post a Comment