Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan permohonan seorang guru
tadika, M Indira Gandhi untuk membatalkan tiga sijil pendaftaran
kelahiran anaknya yang diperolehi bekas suaminya selepas lelaki itu
menukar agama semua anak mereka kepada Islam.
Suruhanjaya Kehakiman Lee Swee Seng dalam keputusannya berkata, bapa
kepada anak itu berhak menukar agama tetapi beliau tidak boleh mengambil
hak anak dan ibu berkenaan terhadap kebebasan agama.
Lee turut memerintahkan kedua-dua ibu bapa perlu mempunyai hak untuk memutuskan pertukaran agama anak mereka.
Lee membenarkan permohonan kehakiman Indira tanpa perintah kos.
Indira memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2009 untuk
membatalkan ketiga-tiga sijil yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam
Perak, selepas suaminya ketika itu, K Patmanathan menukarkan agama
mereka tanpa pengetahuan Indira.
Patmanathan memeluk Islam pada Mac 2009 dan kini dikenali sebagai Mohd Ridzuan Abdullah. - 25 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment