Guru
besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata
beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik
persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk
muridnya.
Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.
Mohamad
Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah
oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”.
"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.
Mohamad
Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah
oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”."Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.
Katanya
lagi, murid berkenaan juga menggunakan bilik persalinan tersebut
sebagai kantin sejak tiga bulan lalu memandangkan kantin sekolah tidak
boleh menampung jumlah murid berkenaan.
Beliau berkata, kawasan itu juga telah dibersihkan dan dilengkapi sinki untuk mencuci tangan.
Para murid berkenaan dilarang membuang air di bilik persalinan tersebut manakala paip air di bilik persalinan tersebut juga telah dikunci, katanya lagi dalam laporan tersebut

No comments:
Post a Comment