Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk
mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri
Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk
mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan
datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan
menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata
Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan
jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan
tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat
gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti
itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua
pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa
terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan
mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini
sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan
kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada
kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk
Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.
Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang
dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan
menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan
kemenangan BN.
Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat
sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.
Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik
ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7
Julai, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment