Pelbagai
pihak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jarang yang
memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemelut kepercayaan yang melanda
badan yang sepatutnya bebas itu.
Bekas Exco Pemuda Umno yang kini menyertai PAS, Tamrin Ghafar
mencadangkan, badan ini digabungkan dengan pihak-pihak yang
berkepentingan dengan SPR sama-sama memilih calon untuk memimpin badan
ini.
"Saya cadangkan pelanggan-pelanggan SPR yang memilih pejawat dalam
SPR ini termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiaudaha dan ahli-ahli
SPR. Misalnya BN mencalonkan pengerusi SPR manakala Pakatan mencalonkan
nama timbalan pengerusinya," kata Tamrin apabila ditemui oleh The
Malaysian Insider.
"Setiausahanya pula dicalonkan oleh Pakatan manakala BN pula
mencadangkan timbalan setiausahanya," tambah Tamrin ketika mencadangkan
penyelesaian kepada kemelut ini.
Beliau yakin dengan penyertaan semua pihak-pihak yang terlibat ini
akan percaya kepada badan itu jika mereka mempunyai wakil di dalamnya.
SPR menjadi sasaran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat (PR) serta
badan-badan yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.
Mereka mendesak sekurang-kurangnya pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang ada sekarang meletakkan jawatan.
Namun timbul persoalan, apakah dengan menukar mereka berdua akan menjadikan SPR badan yang dipercayai.
Kesilapan paling nyata yang dibuat oleh SPR adalah dakwat kekal yang tidak kekal.
Lebih merumitkan keadaan adalah kenyataan bercanggah antara pelbagai pihak dalam isu ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bulan lalu untuk
memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan
untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa
khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama
ada kerajaan atau pembangkang.
“Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan
keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan,” katanya.
Tamrin adalah antara yang dikenakan tindakan pihak berkuasa apabila turut mempertikaikan kewibawaan SPR.
Beliau dua kali ditahan dan akhirnya didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948.
Bagi memulihkan kewibawaan SPR, pelbagai badan termasuk parti-parti
politik mencadangkan agar pengerusi dan timbalan pengerusi SPR
meletakkan jawatan.
"Saya tidak fikir begitu. Bagi saya ia tidak akan menyelesaikan
masalah. Saya bimbang perkara yang sama berulang. Bersih akan kembali ke
jalan raya untuk membantah perlantikan pemimpin baru SPR," kata Tamrin
yang menyertai PAS menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga
menghadapi masalah yang sama. Ketika itu namanya Badan Pencegah Rasuah
(BPR). Bekas pendana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membentuk SPRM.
Dengan penubuhan SPRM, sebuah badan dibentuk untuk mengawal selia
badan ini dan dibentuk penal yang dilantik di kalangan pelbagai pihak
termasuk dari parti-parti politik.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang pada ketika itu merupakan
anggota Parlimen Kubang Kerian turut dilantik ke dalam panel ini.
Hasilnya tekanan kepada SPRM sejak kebelakangan ini agar berkurang.
Ini kerana pelbetulan dalaman dibuat sebelum ia diserang oleh
pihak-pihak.
"Saya yakin, melantik stake holder (pihak berkepentingan) ke dalam
SPR akan meredakan tekanan kepada badan ini dan ia boleh menjalankan
tugasnya dengan menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan,"
kata Tamrin. - 2 Julai, 2013.
The
Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment