Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap
resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti
berkenaan.
Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng
Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya
Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong
Seng.
Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi
bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi
membolehkan parti melakukan transformasi.
Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan
Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. 14 Julai, 2013.The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment