29 Julai 2013
New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.
Mangsa
ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu
kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya,
petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah
bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan
berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.
Polis
kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam
pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah
itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13
tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.
“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan
kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di
kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya.
Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya
secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota polis ke penjara.
“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap
mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar
datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius
dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan
kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.
Sementara
itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav
berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia
dirawat,” katanya. - Agensi
hMetro
No comments:
Post a Comment