myMetro 10 Jul 2013
Oklahoma City: Seorang lelaki didakwa menyorok dalam tangki septik
untuk mengendap seorang wanita bersama anak perempuannya baru berusia
tujuh tahun di tandas sebuah taman, semalam.
Perbuatan Kenneth Webster Enlow itu bagaimanapun disedari wanita terbabit yang kemudian membuat laporan polis.
Kata wanita itu, dia dan anaknya menggunakan tandas wanita di Taman White Water di Tulsa apabila menyedari ada lelaki mengendap dari bawah tandas.
Menurut wanita itu, lelaki terbabit dilihat memandang ke arahnya.
Sementara itu, polis berkata, Enlow, 52, mendakwa dia dipukul teman wanitanya dengan besi sebelum dicampak ke tangki najis berkenaan.
Jurucakap polis berkata, Enlow mengendap dari bawah tempat duduk tandas plastik itu dengan mukanya diselaputi najis.
Tandas fesyen lama di taman itu mempunyai lantai konkrit yang memisahkan tempat duduk dengan bekas najis di bahagian bawah.
Enlow kemudian didakwa di mahkamah kerana mengendap dan dipenjara sebagai ganti jaminan bernilai AS$500 (RM1,500).
Sebelum ini, Enlow pernah ditahan kerana mabuk dan memandu tanpa lesen sah. - AP
No comments:
Post a Comment