Saturday, July 6, 2013

Morsi Digulingkan, AS Diminta Hentikan Bantuan Dana kepada Tentera Mesir

  6 Jul 2013
 
foto: Getty Images
Washington, -   Barack Obama diminta untuk menghentikan bantuan dana kepada Tentera Mesir menyusul penggulingan Presiden Mohamed Morsi. Hal ini dilontarkan Senator John McCain dari Parti Republik.

"Kita harus membekukan bantuan kepada Tentera Mesir kerana tentera telah menggulingkan suara rakyat," tegas McCain seperti dilansir News.com.au, Sabtu (6/7/2013).

"Kita tak boleh mengulangi kesalahan yang sama yang kita buat di waktu lain sejarah kita dengan mendukung penggulingan pemerintahan yang terpilih secara bebas," tambah McCain yang merupakan anggota Komite Hubungan Luar Negeri Senat AS.

Setelah Israel, Mesir merupakan negara penerima bantuan asing AS terbesar, dengan US$ 1.3 billion ditujukan langsung kepada Tentera   Mesir.

Menyusul kejatuhan Morsi, pegawai-pegawai  AS termasuk Obama, berhati-hati untuk menghindari penggunaan kata 'kudeta' terkait penggulingan Morsi oleh Tentera Mesir. Sebabnya, berdasarkan undang-undang Amerika, bantuan asing bagi negara-negara lain akan dihentikan jika pemerintahan demokrasi digulingkan oleh tentera.

Pada Rabu, 3 Julai larut malam waktu setempat, Tentera Mesir menyatakan berakhirnya kekuasaan Morsi. Jenderal Sisi pun mengumumkan ketua Mahkamah Agong, Adly Mansour sebagai presiden sementara Mesir.

Sisi juga menyerukan diadakan  kembali pilihanraya presiden dan parlimen di Mesir. Pengumuman ini mendapat sambutan meriah rakyat Mesir di berbagai wilayah. Warga yang berkumpul di jalan-jalan bersorak-sorai dan mengadakan pesta bunga api untuk merayakan kejatuhan Morsi.detikNews

No comments:

Post a Comment