Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan filem The New Village harus diharamkan sekiranya benar mempunyai unsur Komunis.
Walau bagaimanapun, menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu
beliau tidak mahu mengulas panjang kerana masih belum menonton filem
itu.
"Saya tidak belum menonton jadi saya tidak mahu mengulas panjang
mengenai isu itu," kata Nazri dalam satu sidang media di Kuala Lumpur
sebentar tadi.
"Namun sekiranya betul maka pengharaman filem itu adalah satu langkah wajar," tambah beliau lagi.
Menurut Nazri, fahaman Komunis bercanggah dengan prinsip rukun negara di negara kerana tidak percaya kepada tuhan.
Selain itu tambahnya perjuangan Komunis menyinggung perasaan ahli keluarga pejuang negara yang berkorban demi melawan Komunis.
Semalam The Malaysia Insider melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menangguhkan tayangan filem berkenaan bagi
memberi ruang kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuat penilaian
semula.
Kata menteri itu penilaian akan dilakukan termasuk dengan mengambil kira komen blog.
The New Village diarahakan pengarah tempatan Wong Kew Lit terbitan Astro Shaw.
Bagaimanapun percubaan untuk menghubungi syarikat penerbit Astro Shaw
bagi mengulas mengenai isu ini menemui kegagalan. - 29 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
Nazri sudah konar baring ka?
ReplyDeleteAdakah ini demi menyelamatkan karier politiknya menjelang Perhimpunan Agung Umno Disember ni?
Adakah ini satu sandiwara yang akhirnya menyokong kembali puak cinabeng sepertimana kes Namawee dulu.
Ingat...rahsia anakmu si Nadeem berambut perang tu di Bangkok ada disimpan ramai bloggers.
Harap YB Nazri konsisten demi agama, bangsa dan negara.