Tindakan
kerajaan yang terus menerus “mencurah” bantuan berbilion ringgit kepada
sekolah vernakular menjadi ancaman besar terhadap usaha menyatupadukan
rakyat bawah sistem sekolah satu aliran, kata Gabungan NGO Islam-Melayu.
Memetik pandangan mantan hakim Datuk Mohd Noor Abdullah, mereka berpendapat kewujudan sekolah vernakular lebih lima dekad bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Sistem pengasingan melalui pelbagai aliran telah terbukti dan ternyata gagal malah membahayakan perpaduan masyarakat majmuk dan keselamatan negara,” menurut kenyataan mereka hari ini.
“Langkah drastik dan berani perlu diambil kerajaan sekiranya nasib dan masa depan negara diutamakan dan rakyat pula perlu bersikap terbuka menerima perubahan demi kebaikan bersama.”
Gabungan itu merujuk kepada laporan The Star berhubung 13 sekolah Tamil menerima bantuan RM20 juta untuk pelan tindakan bagi masa depan sekolah Tamil di Malaysia (PTST).
Dalam laporan itu, Menteri Pelajaran P Kamalanathan antaranya berkata, RM50,000 sehingga RM4.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan sekolah, bergantung kepada keperluan masing-masing.
Bawah PTST, menurutnya lagi, RM540mil telah digunakan untuk menaik taraf 523 sekolah Tamil sejak 2009.
Perdana menteri juga baru-baru ini dilaporkan mengumumkan enam sekolah Tamil baru akan dibina di seluruh negara.

No comments:
Post a Comment