28 Julai 2013
Miri: Gara-gara hubungan
cintanya dengan isteri orang terputus, seorang lelaki hilang akal
apabila bukan saja menceroboh, malah cuba memukul dan mengugut bunuh
suami wanita itu di Jalan Jee Foh, di sini, semalam.
Suspek yang berusia
20-an dikatakan kemaruk cinta terhadap wanita itu dengan menceroboh
masuk rumah teres dua tingkat didiami mangsa dan suaminya, jam 1.30
pagi.
Difahamkan,
lelaki itu pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan,
namun kekasihnya memutuskan hubungan, menyebabkan suspek tidak dapat
menerima kenyataan.
Menurut sumber, ketika
kejadian, wanita terbabit bersama suaminya yang juga jurutera berusia 28
tahun sedang tidur. Mereka terjaga selepas mendengar tingkap bilik
diketuk dari luar.
Katanya,
bukan setakat memanggil nama wanita terbabit, lelaki itu bertindak
berani apabila cuba mengumpil tingkap selain merayu kepada si suami
untuk bersemuka.
“Bimbang
kejadian lebih buruk, pasangan suami isteri itu akhirnya membenarkan
suspek memasuki melalui balkoni untuk berbincang, namun kejadian
sebaliknya berlaku.
“Mungkin disebabkan
berang dengan tindakan wanita terbabit yang mahu memutuskan hubungan,
suspek mengejar serta memukul dan mengugut bunuh suami wanita itu.
“Berikutan
itu, berlaku pergelutan antara suami wanita terbabit dan suspek sebelum
dileraikan dengan bantuan seorang rakan yang dimaklumkan mengenai
kejadian itu sebelum ini,” katanya.
Katanya, lelaki itu
kemudian ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang
bergegas ke tempat kejadian, namun suspek sempat memberi amaran akan
membalas dendam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment