4 Jul 2013
Tindakan lelaki Turki ini dilihat ekstrem. Orang lain juga mungkin melakukan akan melakukan perkara yang tidak masuk akal demi
menghentikan kebiasaan merokok mereka.
Web emirates247.com melaporkan, Rabu (3/7), Ibrahim (42
tahun) rela mengunci kepalanya di dalam sebuah kurungan demi mencegah
keinginannya untuk merokok.
Surat khabar Turki Hurriyet kelmarin menulis, lelaki dari Wilayah Kutahya, sebelah barat Turki, ini membuat sebuah kerangkeng
kecil berbentuk seperti helm untuk memuatkan kepalanya. Kemudian kerangkeng itu juga
dia kunci.
Dia kemudian memberikan satu dari dua kunci yang ada kepada anak
laki-lakinya dan satu kunci yang lain kepada isterinya, sehingga dia
tidak dapat membuka kerangkeng itu untuk merokok ketika dia berada di
luar rumah.
Ibrahim mengatakan dia mencuba untuk membuang tabiat merokok
dua bungkus rokok setiap harinya selama 26 tahun terakhir ini. Namun,
sejak dirinya mengenakan helm itu dua hari yang lalu, dia dikhabarkan
tidak lagi merokok sejak itu.
Selain Ibrahim, tindakan serupa untuk menghentikan kebiasaan merokok
juga pernah dilakukan wanita dari Amerika Syarikat, Etta Mae
Lopez.
Pada Mei lalu, wanita dari Kota Sacramento, Negara Bagian California,
ini rela dipenjara agar dirinya tidak lagi merokok. Etta dikhabarkan
sampai menampar seorang polis supaya dia ditangkap dan dipenjarakan.
Alhasil, perempuan 31 tahun itu didakwa atas tuduhan telah menyerang anggota Polis Kota Sacramento, Matt Campoy.
Etta mengatakan kepada polis dia memang ingin ditangkap dan
dimasukkan ke penjara supaya nantinya dia tidak diperbolehkan merokok.
Atas perbuatannya itu dia dijatuhi hukuman 63 hari penjara.
No comments:
Post a Comment