Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbuatan polis
menahan enam peguam hak asasi yang mengambil bahagian dalam Hari Hak
Asasi pada 2007, menyalahi undang-undang .
Berikutan itu, Hakim Datuk John Louis O'Hara menganugerah setiap
plantif RM10,000 sebagai ganti rugi, selain RM60,000 sebagai kos
mahkamah.
Mereka ialah R Sivarasa, N Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad and Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Mereka memfail saman pada 8 Disember 2010 terhadap Timbalan Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri
dan Kerajaan Malaysia.
O'Hara berkata:" Mahkamah ini berpeluang melihat rakaman video dan
gambar kejadian dan ia banyak membantu mahkamah dalam memberitahu apa
sebenanya berlaku pada hari itu.
"Saksi utama ialah Che Hamzah Che Ismail (defendan pertama). Dia
kelihatan memberikan arahan yang mengelirukan, konflik dan bertentangan
menerusi pembesar suara kepada peserta larian itu untuk bersurai."
Enam peguam itu memfailkan tuntuan sivil pada 8 Disember 2010
terhadap Superintenden Che Hamzah yang pada ketika itu menjawat jawatan
Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Dang Wangi; Ketua Polis Negara;
Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan.
Che Hamzah dinamakan sebagai defendan pertama kerana beliau adalah
`komander' untuk operasi menentang acara hari hak asasi manusia itu yang
membawa kepada penangkapan tidak sah dan penahanan walaupun beliau
sendiri memberi kebenaran kepada peserta untuk berjalan.
Dalam keputusannya, O'Hara berkata, Che Hamzah memberikan masa 10 minit kepada peserta.
"Tetapi, beliau sendiri tidak muktamad dengan arahan itu. Berdasarkan
kepada arahannya (daripada rakaman video), saya mendapati ia membawa
kepada plantif yakin mereka mempunyai masa 10 minit untuk bersurai,"
katanya.
Maka, katanya, beliau mendapati penahanan itu tidak sah biar pun mereka dibenarkan berjalan untuk 10 minit.
"Saya juga mendapati plantif dinafikan hak diwakili undang-undang
sepanjang tempoh tahanan. Oleh itu, plaintif adalah secara tidak sah
ditahan dan tahanan mereka itu juga adalah tidak sah mengikut
undang-undang," katanya.
Hakim juga memerintahkan defendan untuk membayar RM5,454 kepada
Paulsen untuk tiket penerbangannya pergi balik dari Afrika Selatan ke
Malaysia untuk menghadiri prosiding mahkamah.
O'Hara bagaimanapun, memutuskan bahawa Peguam Negara mempunyai
prerogative di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan budi
bicaranya untuk memulakan prosiding.
Tambahnya, pendakwaan terhadap plaintif di mahkamah tidak dijalankan dengan tidak jujur.
Penangkapan dan penahanan enam peguam hak asasi manusia dan aktivis
itu membawa mereka ditahan sepanjang malam dalam lokap polis dan didakwa
di Mahkamah Sesyen keesokan harinya dalam perhimpunan tidak sah dengan
niat menyebabkan kacau ganggu awam mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun
Keseksaan. Mereka juga berdepan tuduhan alternatif di bawah Seksyen 27
Akta Polis atas tuduhan perhimpunan haram.
Selain tangkapan dan tahanan tidak sah itu, peguam dan aktivis itu
turut mendakwa mereka adalah mangsa pendakwaan jahat. Mereka berkata,
ketika pertuduhan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berniat
tidak jujur apabila membantah permohonan jamin mendakwa mereka tidak
mematuhi amaran polis. Mahkamah Sesyen bagaimanapun membenarkan bon
personal RM2,000 tanpa penjamin.
Kes mereka didengar pada 16 April 2009 di mana keenam-enam mereka dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Menurut kenyataan tuntutan, mereka mendakwa mereka dibenarkan
menyertai jalan kaki aman itu untuk 10 minit tetapi sebelum tamat tempoh
10 minit itu, mereka dikelilingi sekumpulan besar anggota polis. Mereka
berkata, polis mengarahkan mereka bersurai tetapi sementara
melakukannya (bersurai), mereka ditangkap.
Defendan pada awalnya memohon membatalkan tuntutan itu dan permohonan itu dibenarkan di Mahkamah Tinggi pada 6 April 2011.
Plantif bagaimanapun, memohon untuk menghidupkan semula tuntutan itu
dan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Julai 2011. Perkara itu
kemudian dibicarakan dengan plantif dan defendan masing-masing memanggil
sembilan dan 10 saksi.
Peguam, Edmund Bon dan Chan Yen Hui mewakili enam plaintif itu
sementara Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Tajudin dan Lailawati
Ali mewakili defendan.
Bercakap kepada pemberita, Bon berkata, keputusan mahkamah hari ini adalah `demokrasi hebat untuk hak asasi manusia'.
"Tuntutan ini difailkan untuk menegakkan kebebasan perhimpunan, bukan
untuk wang. Ini adalah kemenangan hebat kepada aktivis sosial untuk
kebebasan mengadakan perhimpunan," katanya.
Surendran berkata:"Keputusan ini adalah pengakhiran sejarah kepada
kekejaman Akta Polis dan ia menunjukkan indikmen kepada pasukan polis.
"Kami ditangkap secara tidak sah dan hak undang-undang kami dirampas.
Tangkapan kami bermotivasikan politik di bawah arahan Barisan Nasional
untuk menutup mulut pembangkang dan aktivis yang berjuang untuk
reformasi negara," katanya.
Sementara itu, Paulsen berkata daripada video, orang ramai boleh
melihat peserta jalan kaki itu kira-kira 100 orang tetapi dikepung oleh
hamper 500 pegawai polis. "Polis sepatutnya menangkap penjenayah
sebenar," katanya. - 10 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment