Wednesday, July 3, 2013

PPPM desak kerajaan tidak tarik balik undang-undang penjagaan anak

July 03, 2013
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta kerajaan tidak tunduk terhadap desakan beberapa pihak untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Rang Undang-Undang itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan selepas ditafsir oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendesak semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam tanpa mengira parti menjunjung keluhuran Perlembagaan sebagaimana sumpah mereka ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat.

"Mahkamah Persekutuan sudahpun memberi tafsiran padu kepada Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan itu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zainul menyifatkan kontorversi yang sengaja diwujudkan sesetengah pihak melalui beberapa kenyataan media disebabkan mereka tidak memahami aspek kedudukan Islam di Malaysia dan cuba mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata, kekeliruan timbul berikutan keputusan Kabinet melalui kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 2009 yang melanggar melanggar prinsip kebebasan kehakiman.
"Hal itu dimanipulasi pelbagai pihak untuk mengeruhkan suasana yang sudah jernih dengan kedudukan undang-undang berkaitan hak pengislaman anak mualaf," katanya.

Zainur berkata, Majlis Peguam cuba menimbulkan kekeliruan apabila menggunakan forum untuk 'memaksa' pandangan mereka walaupun berlawanan dengan pendirian bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah.

Meminta tiada pihak menangguk di air keruh, beliau berkata, keputusan Mahkamah hanya hanya boleh diubah atau dipinda melalui keputusan forum mahkamah yang lebih tinggi.
Zainur berkata, Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 2013 tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik balik sekalipun atas arahan menteri tanpa perkenan Yang Dipertuan Agong.

"Tanpa perkenan Yang Dipertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)," katanya, jemaah menteri tidak ada kuasa kerana MAIWP ialah pihak berkuasa agama utama di Wilayah Persekutuan.
Zainur yang menyatakan akta berkenaan menepati hukum syarak, penentuan agama dan hak jagaan adalah dua perkara berbeza dan perlu difahami oleh semua orang. - 3 Julai, 2013.
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment