| Harakahdaily, | 14 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu menghargai dan
menyanjung tinggi kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Umno Bahagian
Besut yang menyeru ke arah amalan media yang sihat dan terpuji sepanjang
kempen pilihanraya kecil yang berkebetulan pula jatuh di bulan Ramadhan
yang penuh keberkatan dan kemulian. “Amalan media yang telus, beramanah dan berintegriti bukan hanya setakat kewajipan kita sebagai penggiat media untuk menjayakan proses demokrasi yang sihat dan telus, tetapi lebih besar dari itu, ia berkait dengan tuntutan agama yang mempunyai perhintungan dosa dan pahala,” kata Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan.
Malangnya, ujar beliau tidak sampai sehari seruan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Besut itu, kempen pilihan raya kecil (PRK) N01 Kuala Besut mula diwarnai politik fitnah dan adu domba hasil tuaian media-media pro Umno.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu menghargai dan menyanjung tinggi kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Umno Bahagian Besut yang menyeru ke arah amalan media yang sihat dan terpuji sepanjang kempen pilihanraya kecil yang berkebetulan pula jatuh di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemulian.
Amalan media yang telus, beramanah dan berintegriti bukan hanya setakat kewajipan kita sebagai penggiat media untuk menjayakan proses demokrasi yang sihat dan telus, tetapi lebih besar dari itu, ia berkait dengan tuntutan agama yang mempunyai perhintungan dosa dan pahala.
Malangnya, tidak sampai sehari seruan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Besut ini, kempen pilihan raya kecil N01 Kuala Besut mula diwarnai politik fitnah dan adu domba hasil tuaian media-media pro Umno.
Lebih tragis, sebahagian kenyataan yang tidak sihat ini yang dipetik oleh media pro Umno adalah bersumber dari mulut Ketua Umno Bahagian Besut sendiri!
Kalau Menteri Pengajian Tinggi 2 ini sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil BN dianggap bapa sementara pihak media pula sebagai anak, maka tepat sekali perumpamaan ‘bapak borek anak rintik’ ataupun mungkin tepat peribahasa ‘ketam mengajar anaknya berjalan betul’.
Antara yang hangat beredar adalah manipulasi video kenyataan Che Long, calon PAS PRK Kuala Besut mengenai janji beliau sekiranya pengundi Kuala Besut memilihnya untuk menjadi wakil mereka, gaji yang bakal diterimanya sebagai wakil rakyat tidak akan diambil tetapi sebaliknya akan disalurkan ke dalam satu tabung yang diwujudkan supaya boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan. Pengurusan tabung ini pula akan diserahkan kepada seorang petugas yang amanah untuk mengendalikannya.
Kaedah ‘swing’ untuk putar belit isu oleh ‘tukang edit’ video Umno dengan cara ambil ucapan sekerat-sekerat kemudian kelirukan maksud dengan berniat jahat adalah lumrah amalan mereka. Kononnya Che Long kalau sekiranya dipilih sebagai sebagai wakil rakyat akan melantik petugas untuk menguruskan kerja-kerja wakil rakyat sementara beliau sendiri akan terus sibuk dengan urusan perniagaannya di Kota Bharu.
Gegerlah di media cetak dan elektronik pro Umno terutama TV3 dan Berita Harian. Tinjauan umum Kami ke beberapa laman Facebook milik pimpinan Umno setempat termasuk wakil-wakil rakyat mereka juga mendapati klip video yang telah diedit ini dikongsi dan disebarkan secara meluas. Laman web pro Umno juga tumpang semangkuk menyebar fitnah dan manipulasi.
Ini belum termasuk lagi fitnah kononnya PAS Terengganu menolak perlantikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Besut. Belum lagi dikira fitnah kononnya Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali memperlekehkan kelayakkan akademik calon PAS dan banyak lagi.
Kami meyakini bahawa semua sahabat-sahabat yang menceburi profesion media lulus serta tahu tentang prinsip asas dan etika kewartawanan.
Setiap ketipan pada keyboard para penulis dan wartawan ketika mengolah dan menysusun suatu pemberitaan sepatutnya ada hintungan dosa dan pahala. Setiap perkataan dan baris yang dibaca oleh masyarakat hasil nukilan kita, ada tanggungjawab yang akan kita pikul di hadapan Allah walaupun hakikatnya di dunia ini kita mempunyai majikan yang membayar gaji dan elaun. Pastinya kita sebagai seorang Muslim, kita juga amat mengharapkan ‘elaun pahala’ daripada Allah atas setiap titik peluh yang menitis semasa mencari rezeki.
Saya mengajak rakan-rakan media untuk sama-sama memperhalusi perkara penting ini dengan saya mengambil kira bahawa setiap kita tentunya memiliki kecenderungan fahaman politik yang berbeza. Perbezaan ini lumrah biasa dalam kehidupan dan ianya hak setiap individu. Cuma dalam persoalan asas akan kewajipan ditekankan prinsip ketelusan, kebenaran dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspek pemberitaan, saya yakin kita akan sependapat tentang perlunya nilai-nilai ini terus menjadi teras profesion kewartawanan.
Kepada Pengundi Dun Kuala Besut, Kami mengajak dengan setulusnya untuk sama-sama kita menolak budaya fitnah, adu domba dan putar belit. Masyarakat kita tak akan ke mana dengan amalan negatif sebegini.
No comments:
Post a Comment