Tony Pua mendedahkan hari ini Maybank bakal menangung kerugian sebanyak
RM1.74 bilion berkaitan urusan pembelian ekuiti bagi Bank Internasional
Indonesia Tbk (BII).
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, Maybank yang memiliki 97
peratus kepentingan dari BII dikatakan mengalami kerugian sebanyak
RM157 juta apabila pegangan sembilan peratus dalam syarikat dijual
dengan kadar Rp355 pada 20 Jun lalu.
Setiausaha Publisiti DAP itu turut mempersoalkan tindakan acuh tidak acuh Maybank dalam urusan berkaitan pembelian ekuiti BII.
"Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan harus memberi penjelasan
mengenai kerugian Maybank kerana mereka merupakan kumpulan perbankan
terbesar di negara dibawah Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan sebagai
pemegang saham terbesar ni menjadikan kerajaan bertanggungjawab," kata
Pua dalam satu sidang media hari ini merujuk kepada Datuk Seri Najib
Razak.
Pengambilalihan Maybank ke atas BII pada tahun 2008 dengan kadar
RM8.25 bilion mencetuskan konterversi kerana harga untuk mendapatkan
pegangan saham tersebut dianggap terlalu mahal.
Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi telah
mempertahankan pembelian itu mengatakan ia adalah untuk kepentingan bank
dan negara.
Pada Jumaat lepas, saham BII turun Rp315 pada satu unit dan ini
diterjemahkan kepada kerugian di atas kertas berjumlah RM2.5 bilion.
Tegas Pua lagi pada Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam tahun 2008,
isu ini telah diperkatakan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia,
Nor Shamsiah Yunos.
Katanya kesan pengambilalihan BII akan menjadi punca kemerosotan
Maybank sebanyak RM300 milliion dan pada 2012, nilai kerugian bank
tersebut sebanyak RM1.62 bilion.
Jesteru itu, Pua menggesa kerajaan untuk menjelaskan kerugian sebenar
kerana akan ada lebih banyak kerugian yang dialami Maybank sekiranya
harga saham BII tidak berubah. - 23 Julai, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment